Pdf sejarah tingkatan 3




















Funan Indrapura b. Angkor Kota Trowulan iii. Meningkatkan hubungan luar c. Srivijaya Palembang iv. Memupuk semangat patriotisme d. Kedah Tua Hariharalaya a. Masyarakat kerajaan Champa terkenal b. Apakah c. Maklumat berikut merujuk kepada ciri — a. Garam ciri Zaman Air Batu Akhir. Cuka kelapa c. Barang perhiasan d. Pembungkusan daging Suhu dunia meningkat bermula 8, tahun dahulu menyebabkan berlaku kecairan air batu 8. Apakah epik dan sastera India yang mempengaruhi persuratan kerajaan Alam Melayu?

Bagaimanakah keadaan bumi apabila i. Pararaton berlaku kecairan air batu tersebut? Ramayana iii. Mahabharata a. Bumi dilitupi salji iv. Akayet Inra Patra b. Paras air laut meningkat c. Tumbuhan renek menjalar a. Pulau bersambung dengan tasik b. Maklumat berikut berkaitan dengan Apakah kepentingan Negeri — negeri mata wang di negeri — negeri Melayu. Selat terhadap Negeri — negeri Melayu? Menyediakan pelabuhan b. Menjamin kedaulatan negeri Melayu Mata wang Pejabat India telah mengenakan cukai tersebut digunakan di negeri pelabuhan di negeri — negeri Selat.

Pahang Apakah kesan terhadap tindakan b. Johor tersebut? Perak a. Meningkatkan perdagangan d. Kelantan b. Menghalang pertelingkahan c. Menjejaskan kemakmuran Apakah peranan Lembaga dalam Adat d. Meluaskan pasaran Perpatih di Negeri Sembilan? Memilih Buapak Maklumat berikut berkaitan dengan b. Melantik Yamtuan Besar peristiwa yang berlaku di negeri — negeri c.

Mengurus pembahagian harta Melayu. Kesan Pemerintahan Jepun 1. Pemerintahan Jepun selama tiga tahun setengah telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk Tanah Melayu. Kesan-kesan tersebut dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Aspek Politik 1. Kemenangan Jepun iaitu sebuah kuasa Asia dalam perang Rusia-Jepun pada tahun serta kejayaan Jepun menewaskan kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara dalam Perang Dunia Kedua memberi keyakinan baharu kepada negara-negara Asia bahawa kuasa Asia dapat menewaskan kuasa Barat.

Pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan rakyat tempatan yang anti-Barat. Slogan propaganda Jepun iaitu. Pemerintahan Jepun telah menubuhkan Koa Kunrenjo iaitu melibatkan orang-orang Melayu dalam pentadbiran kerana mengalami masalah kekurangan pegawai awam.

Orang Melayu diberi peluang menjadi pegawai daerah yang sebelum ini hanya dimonopoli oleh pegawai-pegawai British. Peluang untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan tidak pernah dirasai semasa zaman pentadbiran British. Ini dapat memberi keyakinan kepada orang-orang Melayu bahawa mereka boleh menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran jika diberi peluang.

Dasar-dasar Penjepunan membuktikan Jepun hanya mementingkan diri dan bukan hendak membela negara-negara Asia. Aktiviti politik orang Melayu sentiasa diawasi. Kebebasan bersuara juga tiada. Akhbar-akhbar yang dicurigai turut diharamkan. Pertubuhan-pertubuhan yang pro-Jepun sahaja dibenarkan beroperasi.

KMM juga telah diharamkan pada tahun Jepun membenarkan KMM dihidupkan semuka apabila Jepun hampir tewas. Tanah Melayu telah dijanjikan kemerdekaan bersama Indonesia. Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pemerintahan Jepun ini mempunyai haluan berbeza mengikut kaum dan berpaksikan negara asal masing-masing. Semangat kebangsaan dikalangan orang India lebih kepada untuk memerdekakan India.

Semangat kebangsaan di kalangan orang Cina pula lebih kepada sikap anti-Jepun akibat Perang China-Jepun. Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran kepada penduduk tempatan bahawa sebarang bentuk penjajahan sama ada kuasa Barat atau Timur perlu ditentang. Sikap mungkir janji Jepun untuk membenarkan pemerintahan sendiri, kekejaman tentera Jepun dan dasar-dasar yang mengongkong rakyat serta mementingkan diri sendiri telah memberi kesedaran tentang niat sebenar penjajah.

Kesan Ekonomi 1. Untuk menjimatkan perbelanjaan, gaji pegawai kerajaan dipotong. Tumpuan Jepun terhadap peperangan dalam jangka masa yang panjang telah menyebabkan pembangunan ekonomi tidak dapat dijalankan. Pengangguran semakin berleluasa dan sekatan ekonomi oleh Tentera Berikat menyebabkan perdagangan antarabangsa terhenti.

Bijih timah dan getah nadi ekonomi negara tidak dapat dieksport ke negara Barat. Beras tidak lagi dapat diimport dari Thailand dan Burma. Selain itu, kawalan ketat oleh kapal selamTentera Berikat menyebabkan bahan mentah tidak dapat dibawa keluar ke Jepun.

Pelaksanaan ekonomi kawalan hanya lebih menguntungkan Jepun daripada rakyat tempatan. Rasuah, kegiatan menyorok barang dan pasaran gelap berleluasa.

Wang Pokok Pisang dicetak tanpa kawalan menyebabkan inflasi kerana penawaran melebihi permintaan dipasaran. Usaha-usaha Mengatasi Penderitaan 1. Akibat keperitan hidup yang dialami, penduduk di negara ini menjadi lebih kreatif. Contoh, kasut getah daripada getah keping diperkenalkan. Kain pula diperbuat daripada tenunan benang daun nanas. Ubi kayu dan keledek pula menjadi makanan ruji menggantikan nasi kerana tanaman padi tempatan tidak menjadi disebabkan serangan serangga perosak.

Selain itu, perusahaan tradisional juga dijalankan seperti menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa dan daun rokok. Ubat-ubatan tradisional juga dipergiatkan semula. Kebanyakan penduduk juga berpindah ke luar bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik kerana di bandar tiada pekerjaan.

Suatu perkara yang menarik tentang pemerintahan tentera Jepun ialah munculnya industri-industri baharu dengan ciptaan yang kreatif berasaskan sumber tempatan. Industri-industri ini kesemuanya diusahakan oleh syarikat-syarikat dari Jepun. Kesan Sosial 1. Penduduk Jepun hanya membawa kesengsaraan kepada sebahagian besar rakyat di negara ini. Bekalan makanan tidak mencukupi dan sering dicatu.

Setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki dua gantang beras dalam sebulan. Barang keperluan harian yang lain seperti makanan, pakaian dan ubat-ubatan sukar diperoleh. Jikalau ada, harganya pula melambung tinggi.

Wabak penyakit berleluasa terutamanya penyakit beri-beri. Punca penyakit beri-beri adalah disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Kebuluran pula berlaku di mana-mana dan ramai kanak-kanak yang mati akibat kekurangan zat makanan. Semasa pendudukan Jepun juga, rakyat hidup dalam ketakutan dan mereka curiga-mencurigai antara satu sama lain. Terdapat segelintir rakyat menjadi tali barut Jepun. Ramai rakyat yang menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun.

Pergerakan rakyat tidak bebas kerana sentiasa diawasi oleh Kempetai. Tugas Kempetai ialah mengintip sesiapa sahaja yang dianggap bersalah. Sesiapa yang bersalah akan dikenakan hukuman dera dan hukuman mati yang dijalankan di khalayak ramai. Golongan pemuda pula sebahagiannya dijadikan buruh paksa untuk membina Jalan Kereta Api Maut yang menghubungkan Thailand dengan Burma.

Kesimpulan 1. Penjajahan Jepun bukan membawa kemakmuran seperti yang dilaung-laungkan tetapi kesengsaraan dalam semua aspek kehidupan rakyat. Slogan-slogan Jepun yang sebelum ini memikat hati rakyat, sebenarnya hanyalah indah khabar dari rupa dan muslihat Jepun untuk mencapai hasrat mereka. Semangat kebangsaan semakin bersemarak dikalangan rakyat tetapi berpaksikan negara asal masing-masing.

Apply to the whole worksheet. More Bab 6 interactive worksheets. Terms of use Privacy policy Cookies configuration Report copyright infringement Contact.

This website uses cookies We and our advertising partners use cookies and other tracking technologies to improve your browsing experience on our website, to show you personalized content and targeted ads, to analyze our website traffic, and to understand where our visitors are coming from. You can find more information and change your preferences here. Make interactive worksheets. Video tutorial. Get started. Make interactive workbooks. Teachers access.



0コメント

  • 1000 / 1000